Monday, August 8, 2011

PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH DAN PARA SAHABAT


Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐
Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira
dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi
menghiasi Ramadhan al‐Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith
yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta
acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah.
Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya:
1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d,
sabda Rasulullah

bermaksud: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali
dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang
berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang
yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai
ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.
  
2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda
Rasulullah:

bermaksud: Puasa sebagai perisai.3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar    bahawa
Nabi bersabda:

bermaksud: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka
mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.

3. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat.
Firman Allah  dalam hadith qudsi:

bermaksud: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu
kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐
Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah
sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.

4. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah,
Rasulullah  bersabda:

bermaksud: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu
mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

5. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:

bermaksud: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya
Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.

6. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐
Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi ε
bersabda:

bermaksudn: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan
ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

7. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:

bermaksudn: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga,
ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

8. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab
al‐Sunan:

bermaksud: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan
ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

Wednesday, August 3, 2011

Kelebihan Ramadhan




Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.