Sunday, May 30, 2010

JANGAN JADI SEPERTI BANGKAI PADA WAKTU MALAM

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:

إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ

“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”

Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.

Imam Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk “MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”

Dr Yusuf Qardawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:
“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”

SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES

Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujung malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له

“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”`

Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Bayangkan sahabat-sahabat sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.

Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggaplah masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya? Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.

KENCING SYAITAN

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه

“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”


Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh, apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?

BELENGGU DOSA

Fudail bin Iyad berkata:

إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك

“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”

Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjaga untuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.

PASANGAN YANG BERTAHAJJUD

Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين

“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua-kedua mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad ditashihkan oleh Imam Zahabi.

Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena usahakan subuh dahulu barulah tahajud.

SUBUH PUN MASIH LEWAT

Bila sebut pasal subuh awal ni, amat duka cita kerana masih terdapat ramai yang kelewatan subuh. Lebih sedih kerana terjadi pada ramai mahasiswa agama atau orang yang menulis dan bercakap pasal agama dan menganjurkan program agama. Ini adalah termasuk dalam perumpamaan Nabi berkenaan dengan lilin. Menyuruh manusia lain buat baik namun melupai diri. Boleh rujuk dalam artikel ini.

Ibnu Mas’ud berkata:

إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن

“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”

TIPU DAYA SYAITAN

Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri)tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud. Aisyah berkata:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه

“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-sialah hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:

فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى

“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.

Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja-pekerja Islam.

MAHAR BIDADARI

Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata:

“Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada Tuhan.”

Beliau bertanya:

“Apa maharnya?”

Bidadari menjawab:

“ Lama tahajjud.”

Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata:

“ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalik tirai sejak 500 tahun.”

KESIMPULAN

TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG-KADANG KITA RASA KITA DAH TAK BUAT DOSA TETAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. INI SAMA ADA KITA PERLU MENGAJI LAGI UNTUK MENGETAHUI DOSA YANG ADA PELBAGAI BENTUK ATAU PUN SEBAB HATI KITA BERASA SUDAH SEMPURNA DAN INILAH YANG PALING BAHAYA. ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI SEPERTI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 99.

“OH TUHAN TERIMA LAH TAUBAT KAMI, JAUHKAN KAMI DARI DOSA DAN LAYAKKAN KAMI UNTUK BERMUNAJATMU DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR DENGAN IKHLAS.”

Rujukan: Al-Muntaqa oleh Qardawi, Lataiful Ma’arif oleh Ibnu Rajab, Sahih Bukhari dan Targhib wat Tarhib oleh Munziri.


Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

kredit untuk penulis artikel, ada sebarang kemusykilan?

http://akhisalman. blogspot. com/

juga

http://ikhwanzhaki. blogspot. com




*****


Semoga usaha-usaha yang dilakukan beliau untuk menyampaikan ilmu ini, menaikkan lagi darjat beliau di sisi Allah s.w.t juga mampu menambahkan lagi keimanan dan kefahaman kita tentangnya.

Jangan dibiarkan kelalaian hati dan perbuatan dosa menjadi hijab kita dengan Allah.

hati tempat jatuhnya pandangan Allah.

Sedangkan kecantikan lahiriah menjadi ukuran dan penilaian manusiawi yang bersifat hawa nafsu semata. Renung-renung dan buat ukuran pada diri masing-masing, selama mana usia yang telah Allah kurniakan kepada kita sehingga mencapai umur hari ini sudah bersediakah dibawa untuk pertemuan denganNya? Sedangkan dunia akan pergi dan akhirat makin dekat.

24 jam yang berlalu sehari, berapa banyak masa kita ambil untuk sibuk dengan Allah?, jika ada yang berkata masih bisa sahaja melakukan ibadah kepada Allah, dengan ditambah perkara-perkara sunat dan lain-lainnya ibadah, bagaimana pula jika ibadah yang dilakukan itu ditapis pula lagi kelalaian kita ketika beribadah, kekusyukan, dan keikhlasan yang menjadi tunjang penerimaannya? , dan lain-lain lagi. Allahu akhbar, sebenarnya berapa banyak mana sangat ibadah yang benar-benar kita laksanakan semata-mata ikhlas untuk Allah??.

Mudah berkata sibuk.

Lebih mengutamakan tuntutan diri dari tuntutan Allah, mengutamakan kerehatan dan hawa nafsu lebih dari mengerjakan amanah dan menyibukkan diri dengan Allah. Ketahuilah kesibukkan yang sebenar adalah ketika kita dibangkitkan untuk di hisab dipadang masyar, hari walau sekecil zahrah sekalipun dosa dan kebaikan ditimbang dan juga ketika mana semua yang yang berada di atas bumi dan seluruh alam ini merasai goncangan hari kiamat yang dasyat. Subahanallah. Maha Suci Engkau Ya Allah!.


" Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu; sungguh, goncangan (hari) kiamat itu adalah suatu (kejadian) yang sangat besar"


" (ingatlah) pada hari ketika kamu melihatnya (goncangan itu), semua perempuan yang menyusui anaknya akan lalai terhadap anak yang disusuinya, dan setiap perempuan yang hamil akan keguguran kandungannya, dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah itu sangat keras".

(Al-hajj ayat 1-2)

Siapa pun anda ketika hayat.

Memiliki phd?, Master?, mahupun Ijazah?
Berjawatan tinggi? atau rendah?.
Kaya? atau miskin?,
Pensyarah?, guru?, doktor?, polis?, bomba?, arkitek?, ataupun suri rumah ?,
mahupun seorang Raja?, Sultan?, Perdana Menteri? atau rakyat biasa?.


Di pandangan manusia mungkin berbeda, namun pandangan Tuhan kita semua adalah sama, tiada beza melainkan iman dan takwa yang bakal menjadi 'pelampung' akhirat.


Sekadar mengajak diri dan sahabat bermuhasabah, menilai kembali tahap ibadah yang dilakukan. Semoga tulisan ini bermanfaat.

Segala yang baik itu, datang dan diilhamkan dari Allah s.w.t, dan segala yang buruk itu terzahir atas kelemahan dan kekurangan diri. Wallahu'3lam bissowab.

Sekian.

Thursday, May 6, 2010

JANGAN PERNAH LETIH BERBUAT KEBAIKAN

jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.

"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik…"
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik…" ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…" kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik…"

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…"

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah. "
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah! "
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan? " tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya! "
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back but more than that… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura! " terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…"
"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi… " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego…"

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
Sekadar perkongsian kepada sahabat2 semua..^_^. Sama-sama istiqamah dalam perjalanan kita mencari keredhaanNya. .

iman semut vs iman manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi
Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi
Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas
batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apaka
engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu" Semut pun menjawab:
"Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang
tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa
banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak
mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu
dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji,
dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman
tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi
hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.
Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong
pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini
sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada
di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti
sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki
itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah
aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu
lupa".
Itulah Iman Semut !!!

_Iman manusia ?_

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek
kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang
ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur
perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah
dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati
sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah
menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia
nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar
Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai
100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua
sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98
lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang
percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya
bahawa rezeki di tangan Tuhan".
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang
banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih
kuat dari iman manusia.
Itulah iman manusia (kita) !!!.

Wednesday, February 10, 2010

Sekadar perkongsian di hari Jumaat

Assalamualaikum warohmatullah.

Sekadar perkongsian di hari Jumaat . Semoga pulangan kebaikannya diperolehi kita dan mudah-mudahan menjadi hamba Allah yang setiap harinya lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya.

(Ilmu bermanfaat yang sempat dicatat semasa menonton program Usrah tv9 jumaat lepas)

Nafsu

Di dalam kitab suci Al-Quran, Allah subahanahu wa taala telah pun menyebut tentang perihal nafsu yang ada dalam diri manusia. utk ketahui jenis-jenis nafsu adalah...

1. Nafsu Amarah :

'Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhan-ku' (Surah Yusuf:53)

Itulah nafsu amarah, raja segala kejahatan yang mendorong kepada segala perbuatan buruk. Segala sifat-sifat mazmumah yang bersarang di jiwa seperti pemarah, kurang sabar, tamak, rakus, pendendam, iri hati, panas baran, ego, cinta dunia dan sebagainya.


2. Nafsu Lawwamah :

'Aku bersumpah dengan hari kiamat', dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri). (Qiyamah 1&2)

Jiwa yang sentiasa menyesali dirinya sendiri, bila membuat sesuatu kebaikan selalu merasa tidak cukup dan ada kekurangan kerana merasakan kebaikan yang dilakukan bukanlah yang lebih baik, dan apabila melakukan kesilapan, mudah menyedari dan menyesali diri sendiri.


3. Nafsu Muthmainnah :

27. ' Wahai jiwa yang tenang'
28. ' Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya'
29. ' Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-ku'
30. 'dan masuklah ke dalam syurga-Ku'


(Surah Al-Fajr)

Nafsu Muthmainnah sumber segala kebaikan, kasih Allah, Asyik dengan Allah, rindu Allah, mencari keredaan Allah, tidak haloba, tidak rakus, keyakinan yang kuat pada Allah, reda dengan ketentuan Allah, mampu kawal diri dari marah, tenang dan sebagainya.

4. Nafsu ghofilah :

' Dan sungguh, akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti hewan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. (Al-a'raf-179)

Hidup kerana dunia semata-mata dan melalaikan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Di manakah kita??
Alangkah beruntungnya mereka yang memiliki jiwa yang tenang.


Jihad Nafs

1. Ilmu
2. Amal
3. Dakwah
4. Bersabar di atas setiap kepayahan di dalam menyampaikan dakwah.


'Ya Allah kami memohon jiwa yang tenang, memiliki keyakinan yang kuat terhadap -Mu dan tidak mudah berubah, juga sentiasa menjadi hamba yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan-Mu'. Ameen.

Mujahadah nafs!

Jumaat.

20 Safar 1431/5 Februari 2010.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010....


salam 2010..Happy New Year! may Allah bless us all. ameen. Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka muliakanlah tetamunya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim] mohon ampun maaf wa syukran jazilan ala kullihal min al mukhlisoh azira anna althafunnisa'

Tuesday, November 24, 2009

keistimewaan dan perbezaan antara aku dan kau....



LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita terfikir??



LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu...
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi bisa, karena sudah biasa
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1.. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada
sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2.. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah
ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.
Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah
(sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka
mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai
ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan...

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan
ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang
perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di
dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang
dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan
kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau
begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000
orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi
kat dunia ni....Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari
kelemahan saya yang nyata.
email nie untok kite kongsi bersame dan juge memanfatkan nye..INSYALLAH.
semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W...T. amin.assallamualaik um

()""() ()**()
( ,'o') ('o', )
--(")(") (")(")------ ----- ------

Sunday, November 22, 2009

RENUNGAN SEKETIKA


Assalamua'laikum wr wb.......... ...
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai
peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang
baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita
dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat
meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang
menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di
dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga
al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi
titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita
didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang
Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam
kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.
T...

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu
sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat... Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu
" FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang
perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka
yang memberi manafa'at kepada manusia
lain...


KISAH SEUTAS TALI



Kisah Seutas tali Kalau anda sanggup jawab, anda jawablah.... kalau tak ... pandai-pandailah

cerita dibawah hanya sebagai renungan .....

Ingatan:Kisah Seutas tali.( Kisah benar sebenar-benarnya)

Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya hartanya ada di seantero dunia( masyaallah ini worang vanyak khayalah), kehidupan se-hariannya dipenuhi dengan mengabadikan diri kepada Allah SWT bersede-kah adalah amalan tetap beliau,dengan harta kekayaan yg melimpah ruah dia tetap dengan kehidupan yang sederhana,setiap kali datangnya musim haji dialah orang yg paling banyak mengeluarkan sedekah.Beliau terkenal dgn baikanya dan disukai oleh semua penduduk disana.Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan masing-masing,Yang merisaukan si hartawan ini ialah ba-gaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan harta nya yg banyak itu kerana anak2 beliau lebih cinta-kan dunia.
Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yg benar.

Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta PETUNJUK DAN...apa yg harus dilakukan. Pada suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpul-kan semua anak2nya untuk memberitahu wasiatnya.”Wahai anak2ku, tujuan abuya mngumpulkan enta semua ini adalah untuk memberi tahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada lagi didunia ini” apalagi berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta yang banyak, dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuyanya......!

Begitulah kelakuan anak2nya.......yg membuatkan sihartawan itu sedih.....

Tetapi dengan satu syarat.....sekiranya ia mangkat nanti, ia mahu salah se-orang dari anaknya menemankannya selama tiga hari semasa ia telah di- kebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yg akan me-warisi hartanya, dan ia juga yg layak utk membahagikan harta tersebut

kepada adik-beradik yg lain....sekiranya tiada yg sanggup hartanya akan

diwakafkan kepada orang miskin.

Terkejut katak lah anak2nya. Lalu mereka meminta untuk berbincang adik-beradik,abang yg sulung mengesyorkan agar diupah orang kampong yg miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa didlm kubur, sebab abuyanya, takan tahu siapa yg menemankan nya nanti kerana sudah mang-kat dan selepas itu kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya raya. Kesemuanya bersetuju dgn cadangan tersebut, dan segera memberi-tahu yang mereka bersetuju dgn syarat tersebut,Abuya sungguh bangga dgn anaknya yg sulong kerna pada anggapannya anaknya itu akan mene-mankannya nanti.....”Syukur”… katanya dlm hati..

Keesokan hari nya maka kesemua anaknya pergilah keseluruh pelusok kg untuk mencari sesiapa yg sanggup menemankan abuyanya..tetapi malang tiada siapa yg sanggup untuk tidur didlm kubor selama 3 hari dgn mayat,ini kerja gilo kata orang kg..setelah penat mencari' si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yg dipenuhi kambing biri-biri dan ternampak seorang lelaki yg gagah dgn segulung tali di lengannya. “Mung-kin ini si pengembala kambing, baik aku cuba offer dgn dia”...fikirnya,

Dia pun menemui si pengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidu-pannya, Lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidu-pannya kais pagi makan pagi kadang2 ia tak makan sampai 3 hari, kesiaan kata sisulong kepada nya. Lalu sisulong berkata “Mahukah kau menjadi kaya.. wahai si pengembala kambing?” “Mestilah mahu” Jawabnya,,Dan menceritakan tujuanya dan dgn syarat ......Si pengembala kambing ter-sebut bersetuju.... .kerana dgn 3 malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar kayyaaa! “Yahoooo 'Ana khayalah”!..Teriak si pengembala tu. “Ini kerja senang”… katanya “Kalau satu bulan pun ana boleh”... kata si penegembala kambing.

Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah abuya-nya.... Maka bersedih bercampur gembiralah semua anaknya.Dan segeralah siabang sulong mencari sipengembala kambing tersebut agar meneman-kan arwah abuyanya seperti mana yg tlh dipersetujui, utk tinggal didlm

kubor selama 3 hari 3 malam.Maka dgn segulung tali yg sentiasa berada

ditangannya walau ia dengan bangganya masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat abuya, cuma dipisahkn dgn papan penutup liang lahat.

Setelah Arwah abuya selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah Sipengembala kambing bersama tali dan jenazah Abuya, Di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi membuatkan ia berfikir siapakah orang yg mening-gal ini,ini mesti orang yg beriman,,,,sedang asyik berfikir....terdengar suara garau memberi salam, Maka terperanjatlah si pengembala tersebut, dalam fikirannya mungkin salam tersebut ditujukan pada jenazah disebelah-nya Jadi ia mendiamkan diri sahaja.....namun tiada jawapan, Sekali lagi salam diberikan dgn suara yg bertambah garau, bertambah kecut perutlah kawan tu...tetap ia mendiamkan diri.....masih tiada jawapan, si pengembala terse-but terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya. Terdengar salam yg ketiga dgn suara yg amat menakutkan, Dengan terketar2 ia menjawab salam tersebut...........”Waalaikumssssssalam…. Siapa kamu?”

“Wahai orang yg membawa tali,mengapa kau ada disini?” ,Lalu ia mence-ritakan perkara yg sebenarnya........kemudian suara itu bertanya lagi,”Apa yg kau bawa itu, “ Tali 'jawabnya'…”Apa guna tali itu?” ,suara itu berta-nya lagi......”Untuk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal kulakukan”, Suara itu bertanya lagi......”Dari mana engkau dapat tali ini?”.....”Bagaimana cara kau mendapatkan tali ini.......dari sumber mana kau beli tali ini ?”........suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut... Sehinggalah sampai hari yg ketiga, Anak si arwah tadi pun menggali se-mula kubor tersebut dan mengeluarkan si pengembala tadi, dengan muka yg pucat lesi macam cicak tertelan ular. Dia menggigil ketakutan, mem-buatkan anak abuya menjadi bungung.

Maka bertanyalah ia kepada gembala tersebut mengenai ganjaran yg ia mahu, “ Mintalah sebanyak mana pun, kami akan berikan padamu wahai pengembala!“....katanya, Lalu pengembala kambing tersebut memberitahu bahawa “Aku tidak mahu satu sen pun harta dari kamu wahai orang muda?”.... “Mengapa?” tanya si sulong, Lalu dia menceritakannya apa yg berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari itu....”Sedangkan tali yg aku bawak ini pun, sampai 3 hari masih belum habis ditanya....inikan pula harta yg banyak! .Nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak, tak taulah apa nak jadi, macam mana aku nak jawab!”… “Berapa lama pulak aku nak jawap dgn harta yg begitu banyak....jadi kau simpanlah harta kau tu baik2, kau gunakan dgn sebaiknya!” Maka si pengembala terus beredar dari situ dgn seribu keinsafannnnnnnn.

Saturday, November 21, 2009

Mandikan Aku Bonda

Di bawah ini adalah salah satu contoh tragis.
Sering kali orang tidak mensyukuri apa yang diMILIKInya sampai
akhirnya....
....
Rani, sebut saja begitu namanya. Kawan kuliah ini berotak cemerlang
dan
memiliki idealisme tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep
dirinya
sudah jelas: meraih yang terbaik, di bidang akademik maupun profesion
yang
akan diceburinya. ''Why not the best,'' katanya selalu, mengutip
ucapan
seorang mantan presiden Amerika.

Ketika Universiti menghantar mahasiswa untuk studi International Law
di
Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah satunya. Saya
lebih
memilih menyelesaikan pendidikan kedoktoran.
Berikutnya, Rani mendapat pendamping yang ''selevel''; sama-sama
berprestasi, meski berbeda profesion.

Alifya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai staf
diplomat, bertepatan dengan selesainya suami dia meraih PhD.
Lengkaplah
kebahagiaan mereka. Konon, nama putera mereka itu diambil dari huruf
pertama hijaiyah ''alif'' dan huruf terakhir ''ya'', jadilah nama
yang
enak didengar: Alifya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud
menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.

Ketika Alif, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani

semakin menggila. Bak garuda, hampir setiap hari ia terbang dari satu
kota
ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain.

Sebenarnya saya pernah bertanya, ''Tidakkah si Alif terlalu kecil
untuk
ditinggal-tinggal? '' Dengan pantas Rani menjawab, ''Oh, saya sudah
mengandaikan segala sesuatunya. Everything is OK!'' Ucapannya itu
betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani
secara

profesional oleh baby sitter "mahal". Rani cuma mengawal jadual Alif
melalui telefon. Alif membesar menjadi anak yang kelihatan lincah,
cerdas
dan mudah mengerti.

Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang
amat
dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama

besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan wan g yang banyak.
''Contohlah ayah-bonda Alif, kalau Alif besar nanti.'' Begitu selalu
nenek Alif, ibu Rani, berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya.
Ketika Alif berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik.
Terkejut
dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih
pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk
menghadirkan
seorang adik buat Alif. Sungguh anak kecil ini "memahami" orang
tuanya.
Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Alif, tampaknya

mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek.

Meski kedua orangtuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali
merungut.Bahkan, kata Rani, Alif selalu menyambut kedatangannya
dengan
penuh ceria. Maka, Rani menyapanya ''malaikat kecilku''.

Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orangtuanya

super
sibuk, Alif tetap membesar penuh cinta. Diam-diam, saya irihati pada
keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah
mengapa
Alif
menolak dimandikan baby sitter. "Alif ingin Bonda mandikan", ujarnya
penuh
harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat
berharga,
gusar. Ia menolek permintaan Alif sambil terus berdandan dan
mempersiapkan
keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut membujuk Alif agar mau mandi

dengan Tante Mien, baby sitter-nya.

Sesungguhnya, Alif mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut.
Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ''Bonda, mandikan
aku!''
kian lama suara Alif penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir,

mungkin itu kerana Alif sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agak
lebih
minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Alif dapat
ditinggal juga.

Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter.
'Puan
doktor, Alif demam dan kejang-kejang. Sekarang di Emergency." Dengan
pantas, saya terus ke ICU. But it was too late. Allah swt sudah punya

rencana lain. Alif, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang
oleh-Nya.

Rani, ketika diberi tahu tentang Alif, sedang meresmikan pejabat
barunya.
Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia

adalah memandikan putranya. Setelah seminggu Alif mula menuntut
dimandikan,
Rani memang
menyimpan komitmen untuk suatu masa memandikan anaknya sendiri.

Dan siang itu, janji Rani terkabul, meskipun setelah tubuh si kecil
terbaring kaku. ''Ini Bonda Lif, Bonda mandikan Alif,'' ucapnya
lemah,
di
tengah-tangah jamaah yang sunyi. Satu persatu rakan Rani menjauhi
dari
sisinya, berusaha menyembunyikan tangisan.

Ketika tanah merah telah menutup jasad si kecil, kami masih berdiri
di
sisi
pusara. Berkali-kali Rani, sahabatku yang tegar itu, berkata, ''Ini
sudah
takdir, ya kan . Sama saja, aku di sebelahnya ataupun di seberang
lautan,
kalau sudah masanya, ia dia pergi juga kan ?" Saya diam saja.

Rasanya Rani memang tak memerlukan hiburan dari orang lain. Suaminya
tegak
seperti tak bernyawa. Wajahnya pucat, pandangannya kosong. "Ini
konsekuensi
dari sebuah pilihan," ujar Rani, tetap mencuba tegar dan kuat. Hening

seketika. Angin senja meniupkan aroma bunga kamboja.

Tiba-tiba Rani berlutut. "Aku ibunyaaa!" teriaknya seperti histeria,
lalu
meraung hebat. Rasanya baru kali ini saya menyaksikan Rani menangis,
lebih-lebih lagi tangisan yang meledak. "Bangunlah Lif, Bonda mau
mandikan
Alif. Beri kesempatan Bonda sekali saja Lif. Sekali saja, Aliiif.."
Rani merintih merayu-hiba. Seketika kemudian, ia mencampakkan dirinya
ke

pusara dan tertelungkup di atasnya. Air matanya membanjiri tanah
merah
yang
menaungi jasad Alif. Senja pun makin tua.

-- Nasi sudah menjadi bubur, sesal tidak lagi dapat menolongnya.
-- Hal yang nampaknya mudah sering kali menimbulkan sesal dan
kehilangan

yang amat sangat.
-- Sering kali orang yang sibuk 'di luar', asik dengan dunianya dan
ambition sendiri hingga mengabaikan orang-orang disampingnya yang
disayanginya. Akan masih ada waktu 'nanti' buat mereka jadi abaikan
saja dulu.
-- Sering kali orang takabur dan merasa yakin bahawa pengertian dankasih
sayang yang diterimanya tidak akan hilang. Merasa mereka akanmengerti
kerana mereka menyayanginya dan tetap akan ada.
-- Pelajaran yang sangat menyedihkan.

Semoga yang membacanya dapat mengambil iktibar yang terkandung dalam
kisahtersebut. mungkin kita kerja luar untuk sehari dua dan permintaan si kecil yang
selalu tinggal dengan bibik kita ambil mudah, minta air kita suruh bibik ambik, sikat rambut,
bibik sikat, mandi dan berpakaian seperti di atas,
pastinya bibik juga....kadang kala tidur si kecil pun dengan
bibik...untunglah mereka yang dapat bersama anak selalu. Mungkin juga
bukan sahaja anak-anak kita, bagaimana pula suami/isteri/ ayah dan ibu di
kampung.....

So, doa-doalah agar kurang out station kita, kalau perlu juga,
doa-doalah
kita sempat lihat wajah mereka apabila pulang nanti...

hadith fadhilat Surah Yassin sama ada lemah / palsu

Kebanyakan kaum muslimin membiasakan membaca surat Yasin, baik pada malam Jum'at (hari Jum'at menjelang khatib naik mimbar, tambahan-peny) , ketika memulakan atau menutup majlis ta'lim, ketika ada atau setelah kematian dan pada acara-acara lain yang mereka anggap penting.

Sangat seringnya surat Yasin dijadikan bacaan di berbagai pertemuan dan kesempatan, sehingga mengesankan, seolah Al-Qur'an itu hanyalah berisi surat Yasin saja.
Dan kebanyakan orang membacanya memang karena terpesona oleh fadhilah atau keutamaan surat Yasin dari hadits-hadits yang banyak mereka dengar, atau menurut keterangan dari guru mereka.

Al-Qur'an yang di wahyukan Allah adalah terdiri dari 30 juz. Semua surat dari Al-Fatihah sampai An-Nas, jelas memiliki keutamaan yang setiap umat Islam wajib mengamalkannya. Oleh karena itu sangat dianjurkan agar umat Islam senantiasa membaca Al-Qur'an. Dan kalau sanggup hendaknya menghatamkan Al-Qur'an setiap pekan sekali, atau sepuluh hari sekali, atau dua puluh hari sekali atau khatam setiap bulan sekali. (Hadist Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya).

Sebelum melanjutkan pembahasan, yang perlu dicamkan dan diingat dari tulisan ini, adalah dengan membahas masalah ini bukan berarti penulis melarang atau mengharamkan membaca surat Yasin.

Sebagaimana surat-surat Al-Qur'an yang lain, surat Yasin juga harus kita baca. Akan tetapi di sini penulis hanya ingin menjelaskan kesalahan mereka yang menyandarkan tentang fadhilah dan keutamaan surat Yasin kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.
Selain itu, untuk menegaskan bahwa tidak ada tauladan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam membaca surat Yasin setiap malam Jum'at, setiap memulai atau menutup majlis ilmu, ketika dan setelah kematian dan lain-lain.

Mudah-mudahan keterangan berikut ini tidak membuat patah semangat, tetapi malah memotivasi untuk membaca dan menghafalkan seluruh isi Al-Qur'an serta mengamalkannya.

KELEMAHAN HADITS-HADITS TENTANG FADHILAH SURAT YASIN

Kebanyakan umat Islam membaca surat Yasin karena sebagaimana dikemukakan di atas- fadhilah dan ganjaran yang disediakan bagi orang yang membacanya. Tetapi, setelah penulis melakukan kajian dan penelitian tentang hadits-hadits yang menerangkan fadhilah surat Yasin, penulis dapati Semuanya Adalah Lemah.

Perlu ditegaskan di sini, jika telah tegak hujjah dan dalil maka kita tidak boleh berdusta atas nama Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam sebab ancamannya adalah Neraka. (Hadits Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan lainnya).

HADITS DHA'IF DAN MAUDHU'
Adapun hadits-hadits yang semuanya dha'if (lemah) dan atau maudhu' (palsu) yang dijadikan dasar tentang fadhilah surat Yasin diantaranya adalah sebagai berikut :
1. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jum'at maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya".
(Ibnul Jauzi, Al-Maudhu'at, 1/247). Keterangan : Hadits ini Palsu.
Ibnul Jauzi mengatakan, hadits ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata : Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadits ini adalah tukang memalsukan hadits. (Periksa : Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944).

2. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin pada malam hari karena mencari keridhaan Allah, niscaya Allah mengampuni dosanya". Keterangan : Hadits ini Lemah.
Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitabnya Mu'jamul Ausath dan As-Shaghir dari Abu Hurairah, tetapi dalam sanadnya ada rawi Aghlab bin Tamim. Kata Imam Bukhari, ia munkarul hadits. Kata Ibnu Ma'in, ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat). (Periksa : Mizanul I'tidal I:273-274 dan Lisanul Mizan I : 464-465).

3. "Artinya : Siapa yang terus menerus membaca surat Yasin pada setiap malam, kemudian ia mati maka ia mati syahid". Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu'jam Shaghir dari Anas, tetapi dalam sanadnya ada Sa'id bin Musa Al-Azdy, ia seorang pendusta dan dituduh oleh Ibnu Hibban sering memalsukan hadits. (Periksa : Tuhfatudz Dzakirin, hal. 340, Mizanul I'tidal II : 159-160, Lisanul Mizan III : 44-45).

4. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan diluluskan semua hajatnya". Keterangan : Hadits ini Lemah.
Ia diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari jalur Al-Walid bin Syuja'. Atha' bin Abi Rabah, pembawa hadits ini tidak pernah bertemu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Sebab ia lahir sekitar tahun 24H dan wafat tahun 114H.
(Periksa : Sunan Ad-Darimi 2:457, Misykatul Mashabih, takhrij No. 2177, Mizanul I'tidal III:70 dan Taqribut Tahdzib II:22).

5. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an dua kali". (Hadits Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman). Keterangan : Hadits ini Palsu.
(Lihat Dha'if Jamiush Shaghir, No. 5801 oleh Syaikh Al-Albani).

6. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an sepuluh kali". (Hadits Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman). Keterangan : Hadits ini Palsu.
(Lihat Dha'if Jami'ush Shagir, No. 5798 oleh Syaikh Al-Albani).

7. "Artinya : Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati (inti) Al-Qur'an itu ialah surat Yasin. Siapa yang membacanya maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca Al-Qur'an sepuluh kali". Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (No. 3048) dan Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil bin Sulaiman. Ayah Ibnu Abi Hatim berkata : Aku mendapati hadits ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil bin Sulaiman.. Dan ini adalah hadits batil, tidak ada asalnya. (Periksa : Silsilah Hadits Dha'if No. 169, hal. 202-203) Imam Waqi' berkata : Ia adalah tukang dusta.. Kata Imam Nasa'i : Muqatil bin Sulaiman sering dusta.
(Periksa : Mizanul I'tidal IV:173).

8. "Artinya : Siapa yang membaca surat Yasin di pagi hari maka akan dimudahkan (untuknya) urusan hari itu sampai sore. Dan siapa yang membacanya di awal malam (sore hari) maka akan dimudahkan urusannya malam itu sampai pagi". Keterangan : Hadits ini Lemah.
Hadits ini diriwayatkan Ad-Darimi 2:457 dari jalur Amr bin Zararah. Dalam sanad hadits ini terdapat Syahr bin Hausyab. Kata Ibnu Hajar : Ia banyak memursalkan hadits dan banyak keliru. (Periksa : Taqrib I:355, Mizanul I'tidal II:283).

9. "Artinya : Bacakanlah surat Yasin kepada orang yang akan mati di antara kamu". Keterangan : Hadits ini Lemah.
Diantara yang meriwayatkan hadits ini adalah Ibnu Abi Syaibah (4:74 cet. India), Abu Daud No. 3121. Hadits ini lemah karena Abu Utsman, di antara perawi hadits ini adalah seorang yang majhul (tidak diketahui), demikian pula dengan ayahnya.. Hadits ini juga mudtharib (goncang sanadnya/tidak jelas).

10. "Artinya : Tidak seorang pun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya (maksudnya sedang naza') melainkan Allah akan memudahkan (kematian itu) atasnya". Keterangan : Hadits ini Palsu.
Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan I :188. Dalam sanad hadits ini terdapat Marwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'i berkata, ia tidak bisa dipercaya. Imam Bukhari, Muslim dan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadits. Kata Abu 'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadits. (Periksa : Mizanul I'tidal IV : 90-91).

Penjelasan
Abdullah bin Mubarak berkata : Aku berat sangka bahwa orang-orang zindiq (yang pura-pura Islam) itulah yang telah membuat riwayat-riwayat itu (hadits-hadits tentang fadhilah surat-surat tertentu).
Dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata : Semua hadits yang mengatakan, barangsiapa membaca surat ini akan diberikan ganjaran begini dan begitu SEMUA HADITS TENTANG ITU ADALAH PALSU. Sesungguhnya orang-orang yang memalsukan hadits-hadits itu telah mengakuinya sendiri. Mereka berkata, tujuan kami membuat hadits-hadits palsu adalah agar manusia sibuk dengan (membaca surat-surat tertentu dari Al-Qur'an) dan menjauhkan mereka dari isi Al-Qur'an yang lain, juga kitab-kitab selain Al-Qur'an. (Periksa : Al-Manarul Munffish Shahih Wadh-Dha'if, hal. 113-115). KHATIMAH

Dengan demikian jelaslah bahwa hadit-hadits tentang fadhilah dan keutamaan surat Yasin, semuanya LEMAH dan PALSU. Oleh karena itu, hadits-hadits tersebut tidak dapat dijadikan hujjah untuk menyatakan keutamaan surat ini dan surat-surat yang lain, dan tidak bisa pula untuk menetapkan ganjaran atau penghapusan dosa bagi mereka yang membaca surat ini. Memang ada hadits-hadits shahih tentang keutamaan surat Al-Qur'an selain surat Yasin, tetapi tidak menyebut Wallahu A'lam.